CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, October 12, 2010

hati seorang BAPA



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mula berkedut dengan badannya yang mula membongkok dan disertai suara batuknya yang cukup menggambarkan kesusahan yang pernah dialami.

          Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya, " Ayah, mengapa wajah ayah mula berkedut dan badan ayah semakin hari semakin membongkok?"

          Si ayah menjawab, " Kerana ayah seorang lelaki."

           Anak perempuan itu berkata sendirian, ' saya tidak mengerti'. Jawapan ayahnya menyebabkan dia termenung dan kebingungan.

          Si ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu dan terus menepuk-nepuk bahu anak kesayangannya. Kemudian si ayah mengatakan, "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki".

          Bisikan si ayah membuatkan anaknya bertambah bingung. Oleh sebab perasaan ingin tahu si anak terlalu mendalam, lalu dia mendapatkan ibunya lalu bertanya, "Ibu, mengapa wajah ayah menjadi bertambah berkedut dan badannya semakin hari semakin membongkok? Ayah tidak rasa sakitkah ibu? Saya lihat ayah tidak langsungmenunjukkan rasa sakit dengan keadaan fizikalnya itu?"

           Ibunya menjawab, "Anakku, jika seseorang lelaki benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarganya, sudah pasti dia akan berkeadaan demikian". Hanya itu jawapan si ibu.

          Semakin lama si anak semakin membesar dan menjadi bertambah dewasa, tetapi segala persoalan yang bermain di dalam fikirannya tetap tidak terjawab. Mengapakah wajah ayahnya yang cukup tampan dan sasa semasa mudanya menjadi berkedut dan badannya menjadi semakin hari semakin membongkok?

          Apabila si anak sudah semakin dewasa, pada suatu malam, dia bermimpi. Dalam mimpinya itu dia seolah-olah mendengar suara yang sangat lembut, tetapi amat jelas sekali. Kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah dan sebagai jawapan terhadap segala perkara yang menjadi kebingungannya selama ini. 

          "Saat diciptakan seorang lelaki, Aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serata sebagai tiang penyangga bangunan untuk keluarga, dia sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujung tiang tersebut, agar keluarganya berasa aman, selamat, dan berada sentiasa dilindungi olehnya ".

          "Diciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menyara seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat untuk melindungi seluruh keluarganya daripada apa-apa jua bentuk ancaman".

          "Diberikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal daripada titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak mengalami kesukaran, walaupun kadangkala dia mendapat cercaan dan tentangan daripada anak-anaknya sendiri". 

          "Diberikan kekuatan mental, baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat dengan kepanasan matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya basah kuyup kedinginan dan kesejukkan kerana disirami hujan dan dihembus angin. Dia merelakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah pada saat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya".

          "Diberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuatkan dirinya selalu berusaha untuk merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya rasa keluh kesah. Walaupun pada setiap perjalanan hidupnya, keletihan dan kesakitan kerap kali menyerangnya".

          "Diberikan perasaan cekal dan gigih untuk dia berusaha dan berjuang demi rasa cinta dan kasih terhadap keluarganya, dalam suasana dan situasi apa-apa pun jua, walaupun anak-anaknya melukai perasaannya serta melukai hatinya. Sedangkan perasaannya itu pula telah memberikan perlindungan dan rasa aman bahagia pada dirinya tatkala anak-anaknya sedang tidur. Sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kebahagiaan apabila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara".

          "Diberikan kebijaksanaan dan keupayaan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang masa kini dan masa hadapan, walaupun sering kali ditentang dan diperkotak-katikkan oleh anak-anaknya". 

          "Diberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkannya bahawa isteri yang baik ialah isteri yang setia terhadap suaminya. Isteri yang baik ialah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup, sama ada suka mahupun duka. Walaupun sering kali kebijaksanaanya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri agar tetap berdiri, bertahan, sepadan, dan saling melengkapi antara satu sama lain serta saling menyayangi".

          "Diberikan kedutan di wajahnya agar menjadi bukti bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sedaya upaya dari segi fizikal dan mentalnya untuk mencari dan membahagiakan keluarganya agar dapat hidup dalam suasana yang bahagia. Sementara badannya yang terbongkok dapat membuktikan bahawa dia lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelangsungan kehidupan keluarganya".

          "Diberikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga (seri / penyokong), agar dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini ialah satu amanah di dunia dan akan ditanya diakhirat nanti".

          Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut, dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia mneghampiri bilik ayahnya sambil berkata: "Saya mendengar dan merasakan bebanmu ayah......."

-motivasi pelajar-

"aku menyayangi mu ayah...., kau yang terbaik bagiku, tiada dua atau tiga sepertimu....hanya kau yang satu....."



hanya ALLAH yang satu



sekalipun cinta telah ku uraikan dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cintaku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta,
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan. 

**berkawan biar beribu,berchenta biar 1 : yang beribu itu utk manusia,yang 1 itu utk Tuhan
;)(quote from
ADIB)

~ A S A L N I A T A D A S U D A H ~

1stly , sowie sgt kat family xdpt blek diz weekend ....
tp BOLE jaa nk blek ari biase ..
t ktew story2 k ..



MAHER ZAIN .. lmbt ckit tercerita

location : Cultural Activity Centre , UIA
tudiaaaaa .. bile DIA dtg malaysia ...
woooooo .... MAHER ZAIN .. MZ .. YA HABIB ...
*kate pminat-peminat nya


beratur n berebut2 nk tgok maher zain
haishhh
tudiaaaa .. bkn men feel dia
^.^



pkat nyanyi rmai rmai
Let’s raise our hands and make Du’a

Like the Prophet taught us

And with one voice

Let’s all say, say, say


بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

بارك الله لكما وبارك عليكما

وجمع بينكما في خير

Monday, October 11, 2010

dugaan ada hikmah

 dugaan : g ulu bendul tapi punye la xsihat kt sane
 hikmah : duk kt sana , xnek gunung .. so , kne la masak2 ni .. wah , rajin gtuh ..

dugaan : blek dr mkan .. trun kreta .. prappppp .. (ad yg jtuh) check2 enset mhal ku <mhal kw ?> abes laaaaa ...skrin retak T.T
hikmah : tepon ibu, mama , mak, umi (sowg jew pon) .. ctew sal enset ..skrin blur2 .. beli la enset bru .. haha ..
tgh pkir nk enset ap plak kali ni ..hehe ..

dugaan : demam , batuk , gatal tekak , xlarat bangun .. :(
hikmah : ada mreka2 yang prihatin tny psal sy .. jaga mkn minum sy .. sy tw dah sape KWAN saya sbnaq ny ...

JADI TEMA NYA ADALAH : JANGAN GIVE UP 

dugaan tu baru kecik , jgn sedih2 sgt ..
ada hikmah tu kan ..
wat yg terbaik next ny ..

cerita - cerita - cerita - cerita dan terus cerita ..
bru ingt "EXAM IS AROUND DE CORNER"

buku dah agk tggi dalam blik nih .. mse dpan lapto da kurang .. jwab pas year da blmbak2 .. 
mak ada tmbah cakap tadi : ekau keno stdy rajen2, jgn on9 joo .. mkan tu kurangkan , baca buku tuh bnykkan ..(dushhhh, nk perli gemuk la tu)--------------> bdw, mak ak xckp owg n9 laa , dy uwg utagha ..hahaha ...


" hikah kata - kata "

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita. 
Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."
Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.
Sayangi diri.
Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.
Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.. (yg ni ak xpaam!!!)

jgn di tny , mengapa ?? *bende baek kn !!

Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku berubah.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.